KUALA LUMPUR : Seramai 104 Pemimpin Pendapat Utama (KOL) terdiri daripada artis, usahawan, agamawan, pegawai polis, pempengaruh, penggiat seni dan atlet dilantik sebagai Duta Anti-Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) pada majlis perlantikan yang berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.
Duta-duta tersebut akan bertindak sebagai jurucakap Kempen Anti-Scam bagi pihak JSJK untuk menyebarkan kesedaran tentang sindiket penipuan yang berleluasa di negara ini.
Seramai 76 KOL adalah lantikan JSJSK manakala 28 orang lagi di bawah naungan Multimedia Creative Solution Sdn Bhd (MCS) selaku rakan strategik JSJK untuk kempen tersebut.
Kesemua figura tersebut dipilih kerana mempunyai pengikut yang ramai bagi memudahkan usaha tersebut sampai kepada kumpulan sasaran.
Majlis perlantikan Duta Anti-Scam JSJK disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam majlis yang turut dihadiri oleh Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Mohd Kamaruddin Md Din serta Pengarah Urusan MCS, Datuk Steven Lim Boon Siong.
"Sekarang ini kebanyakkan scammer yang kita lihat mereka berubah. Daripada menggunakan taktik konvesional kepada mereka berubah kepada kaedah lain seperti mengambil alih akaun sosial media kemudiannya membuat beberapa perkara yang menyebabkan kita mudah tertipu dengan tindakan tersebut.
"Ada yang menyamar menjadi pemberi perkhidmatan internet dan seumpamanya. Kadang mereka mengatakan bahawa kita punya akaun ada masalah.. itupun satu perkara juga. Kalau kita tidak pasti kita putuskan sahaja panggilan tersebut," kata Acryl dalam sidang media yang diadakan selepas majlis tersebut di sini.
Sementara itu, Datuk Steven Lim turut menzahirkan rasa terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak PDRM kepada MCS dalam jalinan kerjasama yang diwujudkan untuk menangani masalah anti-scam di negara ini.
"Saya berbesar hati atas kepercayaan JSJK terhadap MCS untuk menjadi rakan strategik mereka dan turut membantu mencadangkan seramai 28 KOL kepada JSJK untuk sebagai duta Kempen Anti-Scam.
"Hampir setiap hari kita membaca mengenai sindiket penipuan seperti Macau Scam dan Love Scam di media, mangsa terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan latar belakang," jelas Lim.
Antara artis yang dipilih sebagai Duta Anti-Scam JSJK termasuklah Tomok, Wany Hasrita, Khai Bahar, Hael Husaini dan Black Hanifah.
Raja Hisyam Raja Zaid
Tue Sep 13 2022
Duta-duta akan bertindak sebagai jurucakap Kempen Anti-Scam bagi pihak JSJK untuk menyebarkan kesedaran tentang sindiket penipuan yang berleluasa di negara ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Ketua Pendakwa Raya ICC didakwa Netanyahu telah mengeluarkan tuduhan berbahaya dan palsu.
PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’
Program ini beri pendedahan dan panduan hala tuju kerjaya kepada pelajar sekolah menengah atas sesuai dengan pasaran kerja semasa.
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif sektor swasta - PM Anwar
Kerajaan serius gubal Dasar Gaji Progresif melibatkan sektor swasta, selaras dengan penambahbaikan gaji dan elaun penjawat awam, kata PM.
MB Inc Perak rangkul Pemegang Lesen Terbaik Bahan Radioaktif
Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menerusi anak syarikatnya, Amanjaya Global Sdn Bhd, diiktiraf sebagai Pemegang Lesen Terbaik untuk Kategori Bahan Radioaktif(Kawalan VI) bagi tahun 2021-2023.
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Laos, ASEAN bekerjasama pupuk kesedaran penggunaan plastik
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada aktiviti dalam bidang kuasa Jawatankuasa Kebudayaan dan Maklumat ASEAN (ASEAN-COCI).
Belanjawan 2024: Perhebat Skim Perubatan Madani, pencegahan NCD - Persatuan
Persatuan berkaitan penjagaan kesihatan berharap kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengembangkan lagi Skim Perubatan Madani serta meningkatkan pencegahan NCD di bawah Belanjawan 2024.
KKM mahu bentang RUU berkaitan kawalan merokok dengan segera
Kerajaan akan mempergiatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape.
Industri perbankan lancar Kempen Kesedaran Penipuan Kebangsaan
Orang ramai akan dapat melihat lebih banyak iklan kesedaran dan mesej peringatan di saluran bank sendiri serta media sosial dan arus perdana.
Thailand lancar kempen hentikan permintaan terhadap produk gading
Ia usaha menamatkan permintaan terhadap produk gading gajah dan menghalang pengguna membeli produk berkenaan pada masa hadapan.
Hilang habitat, kurang sumber makanan antara faktor konflik manusia-buaya di Sabah
Lebih banyak kesedaran diperlukan di kawasan berpopulasi buaya yang tinggi dengan penganjuran bengkel bersama masyarakat tempatan.
Tomok, Wany Hasrita antara artis yang dilantik sebagai Duta Anti-Scam JSJK
Kesemua figura dipilih kerana mempunyai pengikut yang ramai bagi memudahkan usaha tersebut sampai kepada kumpulan sasaran.
Terengganu pertingkat kempen kesedaran selamatkan penyu
Langkah yang dilakukan itu bagi menggelakkan jumlah hidupan itu terus berkurangan sehingga diancam kepupusan.
Kempen kesedaran patuhi SOP COVID-19 perlu diteruskan - Annuar Musa
Usaha itu tidak boleh terhenti memandangkan rakyat perlu sentiasa diingatkan mengenai peranan mereka.
Kerajaan lancar kempen #Aid4Palestine
Ia sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia bagi membantu rakyat Palestin ketika ini.